Pelan Takaful Keluarga Berkelompok
Perlindungan hanya dibuat keatas:
- Pemegang unit individu kecuali peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
- Berumur 65 tahun kebawah (tertakluk kepada perubahan oleh Pengurus)
- Memegang minimum 10,000 unit pada tarikh kejadian (tertakluk kepada perubahan oleh Pengurus)
- Perlindungan adalah bagi kes kematian atau keilatan tubuh badan (tertakluk kepada syarat dan kekecualian di dalam polisi perlindungan).
- Hanya pelabur utama sahaja yang dilindungi
- Tuntutan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh berlaku kejadian yang dilindungi melalui makluman bertulis.
Perlindungan Takaful ini adalah percuma dan pihak pengurusan berhak membuat sebarang pindaan kepada syarat perlindungan di atas tanpa memaklumkan kepada pemegang unit.
Khairat Kematian
PKB menyediakan khairat kematian bagi :
- Pemegang Unit individu kecuali peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
- Berumur lebih dari 65 tahun (tertakluk kepada perubahan oleh Pengurus)
- Memegang minimum 10,000 unit pada tarikh kejadian
- Hanya pelabur utama sahaja yang layak menerima
- Pemberitahuan berkenaan kematian secara bertulis kepada Pengurus dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh kematian.
Sila hubungi pejabat pengurusan untuk maklumat lanjut.